allah lebih sayang kan dia .

bismillah , hi , assalamualaikum . post ni diceritakan khas untuk arwahyarham adik saya , Wan Mohd Alwi bin Othman

kepada yang agak terkejut dengan berita kematian arwah , saya harap tiada serangan penyakit jantung atau kencing manis , beliau telah meninggalkan kami sekeluarga pada 11/12/12 jam 11.00 malam ,
meninggal kerana penyakit leukimia yang dihadapinya telah teruk , kuman penyakit terseut telah sampai ke paru paru .

bukan sahaja anda yang terkejut , saya juga begitu , pemergian beliau secara tiba2, amat menyedihkan saya , kerana pada nafas terakhir beliau , saya tiada disisinya , kerana menunaikan solat isyak . memang tak sangka , beliau telah pergi . saya hanya lambat seminit dua .

perkataan terakhir dia ialah , dia cakap dengan ibu , "ibu , alwi nak mati ni " . ketika di wad kecemasan , saya hanya tunggu dkat luar . selepas itu , saya nampak dia dengan tempat oxsigen di mulut , menyukarkan beliau untuk bercakap , memang tak bercakap langsung di dalam wad biasa , surah yaasin yang saya baca memang tersangkut2 kerana sedansendu air mata . tapi apa yang saya tau , beliau memang dah nazak dekat rumah lagi , sejak asar , beliau mintak air banyak , kepanasan , Ya Allah , kesian sangat ,

malam beliau meninggal , mayat di letakkan di rumah , saya tido buat kali terakhir bersama arwah . tapi masatu , arwah dah tak bernyawa , hanya tinggal jasad beliau . keesokkan paginya , 12/12/12, beliau telah dikebumikan di belakang rumah , kubur bukit cermai , cuaca masatu redup je , macam mengiringi pemergian beliau .

to alwi :

alwi , semoga tenang dekat sana , aca selalu doakan alwi . lepasni , aca dah takde tempat nak cerita masalah , aca redha dengan pemergian alwi , kita membesar sama sama alwi :) insyaallah , aca janji , aca selalu ziarah kubur alwi . lepasni , mmg takde sape nak panggil aca kucing , yg selalu borak dgn aca pagi2 , yang selalu mengadu dgn aca pasal kawan , yang aca tolong downloadkan lagu , yang belanja aca makan berger malam malam sampai ibu marah . haritu alwi cakap , "saya sayang akak saya , aca , sini peluk " aca peluk alwi , lama , rupanya tu lah pelukan terakhir . aca rindu kan saat tu semua , tapi alwi , aca tau aca kena kuat , aca tau , Allah lebih sayangkan alwi , hm , tu jelah , aca sayang alwi . semoga arwah alwi ditempatkan di tempat orang2 yang beriman , amin


me with him , around 6/5 yearsold 


in a boat at tasik chini 

masa ni teruja nak dapat alwi . nyenyak alwi tido , baju biru tu aku :')

innalillah , (KEPADANYA KITA DATANG , KEPADANYA KITA KEMBALI ) hanya tinggal kenangan :')

Tiada ulasan: